Petua Menarik Daripada Rizal, Stop Bangauing! (Berhenti Menjadi Bangau!)

March 2nd, 2011

bangau

Salam Sukses,

Pernahkah anda mendengar lagu Bangau oh Bangau? Lagu itu mengisahkan seekor bangau yang kurus, menyalahkan ikan yang tidak mahu timbul. Ikan pula menyalahkan rumput yang panjang, rumput menyalahkan lembu yang tidak makan rumput, lembu menyalahkan perutnya yang sakit, perut menyalahkan nasi mentah, kemudian nasi menyalahkan kayu api basah, kayu api basah menyalahkan hujan, hujan menyalahkan katak, katak menyalahkan ular dan ular dengan penuh yakin berkata, sudah menjadi fitrahnya memakan katak. Jadi apa masalahnya?

Saudara Rizal Hassan, seorang jurulatih pembangunan diri dari Take Charge! Sdn. Bhd., mempunyai satu petua yang menarik. Dia sering menyarankan peserta programnya supaya berhenti daripada menjadi bangau jika hendak memiliki ‘kuasa’ dalam mencorak hidup. Berhenti menuding jari ke arah orang lain bermaksud kita memberikan bidang kuasa yang sepenuhnya kepada diri kita sendiri.

Apabila kita asyik menuding jari ke arah orang lain, maka kita menjadi ‘lemah dan tidak bertenaga’ melakukan perubahan di dalam hidup kita. Kita hanya membiarkan apa yang telah berlaku, terus berlaku dan terus berlaku. Kerana kita ‘tidak berdaya berbuat apa-apa’.

Petua Daripada Pengasas Fatihah Frozen

February 21st, 2011

poster-4x8

Salam sukses,

Saya ingin berkongsi sebuah cerita berkaitan dengan Minda orang cemerlang berfikir.

Puan Fatihah Anis Ibrahim adalah antara Bumiputera terawal menceburi bidang makanan sejuk beku di negara kita. Fatihah Frozen mungkin tidak popular, namun mencipta nama dan standardnya yang tersendiri dalam industri ini. Syarikat Fatimah Frozen Sdn. Bhd. muncul sebagai pengusaha pelbagai makanan sejuk beku segera seperti karipap, popia, samosa, cucur badak, murtabak, pau mini, donat, nugget, roti bom, pai ayam, sardin roll dan cakoi. Yang lebih penting, bagi mereka yang pernah mencuba, pasti terbayang keenakan rasanya selepas itu.

Berstatus ibu tunggal, beliau menempuhi bermacam dugaan dan rintangan. Pada peringkat awal sebelum memulakan perniagaan, beliau membuat kajian terhadap resipi terbaik bagi menghasilkan produk yang terbaik. Berguni-guni gandum dihabiskan bagi tujuan itu. Semasa zaman kemelesetan ekonomi, perniagaannya jatuh merudum, namun berkat kesungguhan, beliau berjaya bangkit dan memajukan bisnesnya.

Apabila ditanya oleh wartawan, apakah rahsia dan pesanan yang ingin dikongsi dengan mereka yang mengekori jejak langkahnya, beliau berkata:

“..janganlah meratapi nasib diri. Sudah tiba masanya mereka membuka minda dan berfikiran positif..”

Lihatlah bagaimana minda orang yang cemerlang berfikir. Mereka ‘tidak ada masa’ meratap dan merintih. Mereka tidak ada masa menyalahkan semua perkara. Apa yang mereka lakukan adalah berfikiran positif, bangkit daripada kesusahan dan melakukan sesuatu bagi mengubah keadaan diri mereka.

Adakah anda juga memiliki kualiti sedemikian sebelum ini?

Lihat dari Kaca Mata Agama*

February 14th, 2011

Salam sukses,

Saya pernah bertanya kepada Prof. dr. Sidek baba, apakah yang menjadi faktor kejayaannya, mengubah keadaannya daripada keluarga yang susah, menjadi seorang warganegara yang berjasa? Menjadi seorang pendidik yang menginspirasikan ribuan manusia.

Beliau kelihatan merenung ke dalam dan berkata, antara faktor utama yang menjadikan diri komited terhadap kedua-dua ibu bapa, keluarga, pendidikan dan dakwah adalah kerana beliau mempunyai satu pendirian jika agama menyatakan perkara itu baik dan perlu dibuat, maka beliau akan melaksanakannya sehabis baik. Jika Tuhan menyukainya membuat sesuatu, maka dia melakukannya, walaupun ada kalanya memerlukan pengorbanan yang besar.

Sewaktu belajar di Institut Perguruan Tanjung Malim, beliau mendapat elaun sebanyak RM250. Anda tahu apa yang beliau buat dengan duit itu? RM100 dihantar kepada bapa kerana yakin berbuat baik dengan orang tua besar pahalanya. RM100 lagi digunakan bagi menanggung dan membiayai adik-adiknya kerana dia percaya Islam mengajar penganutnya berbuat baik dengan ahli keluarga dan RM50 lagi digunakan bagi peningkatan ilmunya kerana dia yakin Tuhan suka orang yang menuntut ilmu.

Bagaimana? Pelajarilah perkara yang disukai dan dibenci oleh Tuhan dan buatlah keputusan berdasarkan ilmu anda. Pastinya anda berasa bahagia dan selamat.

Semoga sukses!!!

*Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah

Nasihat Menarik Dari SN Datuk A. Samad Said

February 7th, 2011

index1

“Lakukan Sesuatu dalam daerah anda”

Semasa Pesta Buku Antarabangsa KL tahun 2006, saya sempat bersembang seketika dengan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Kebetulan kami sama-sama dalam sesi autograf penulis di gerai PTS Publications pada masa itu. Banyak perkara yang dibincangkan, bermula daripada tip-tip menulis, sehinggalah isu-isu antarabangsa. Tidak sangka Pak Samad seorang pendengar dan pemberi respons yang baik. Lima tahun lepas semasa terlihat beliau pusing-pusing di kedai buku Kinokuniya, saya tidak sangka beliau seorang yang berperwatakan peramah dan ‘kebapaan’. ” Don’t judge a book by its cover,” memag sesuai diguna pakai dalam situasi ini.

Antara perkara yang saya masih ingat adalah saya bertanya kepadanya, bagaimanakah beliau dapat menghasilkan karya yang berkualiti dan terus konsisten dengan bidang yang diceburi sehingga mendapat anugerah Sasterawan Negara. Beliau berfikir sejenak (memang cool stail dia masa itu!) dan berkata, “Lakukan sesuatu dalam daerah kita.” Jawabnya pendek. “Daerah? Macam mana Pak Samad?” Saya tanya lagi. Macam ada idea, tetapi mahukan kepastian.

“Buatlah perkara yang dekat dengan kita, hampir dengan kita. Ini memudahkan kerja kita dan kita lebih mahir melakukannya.” (Saya tidak ingat perkataan yang digunakan, tetapi lebih kurang begitulah maksudnya.)

“Jadi Pak Samad, kita buat apa yang kita minat, yang kita suka yang kita tidak janggal? Begitu?” Saya bertanya dan beliau mengangguk-angguk.

Wah, selepas itu saya terus berfikir-fikir semula setakat mana ‘daerah’ yang saya miliki, supaya saya dapat bertarung dalam gelanggang yang mempersonakan kalbu.

Kalian sudah tahu ‘daerah’ sendiri?

Motivasi Kecemerlangan UPSR: Kembali Lagi!!!

January 26th, 2011

promo_2011_kecik

Program:

MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR

Lokasi & Tarikh:

UTM JOHOR (12 MAC 2011)

UiTM BUKIT MERTAJAM (19 MAC 2011)

UIA GOMBAK (26 MAC)

Masa:

8.00 PAGI ~ 6.00 PETANG

Bayaran:

RM80 SEORANG

RM50 SEORANG (DAFTAR SEBELUM 28 FEBRUARI 2011)

Anjuran:

GOOD GRADE CONSULTANT

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari website: www.ggconsultant.com