KuasaMotivasi: Blog Fadzli Yusof

Merangsang Kuasa Sukses dengan Tahun Baru
Sebenarnya, tiada ada yang ajaibnya dengan kedatangan tahun baru. 1 Januari tidaklah menjadikan seorang pengemis menjadi jutawan, atau seorang penagih dadah menjadi warak, atau seorang bankrup menjadi kaya, atau seorang jahil menjadi alim. Ia adalah permulaan kepada perkiraan 365 hari bumi mengelilingi matahari pada orbitnya. Setiap kali bumi melengkapkan pusingan tersebut, maka berlaku beberapa keadaan seperti musim panas, salji, bunga, gugur, beberapa jenis monsun, dan bermacam lagi.

Manusia hari ini menggunakan sejenis kalendar untuk mengira peredaraan tersebut, kalendar Masehi, yang menggunakan sistem kalendar solar. Banyak urusan hidup kita terkesan dengan kiraan ini; bayaran gaji, permulaan persekolahan, kiraan umur (tadika, sekolah, PMR, SPM, kenaikan pangkat, pencen, dsb). Perancangan jabatan kerajaan, korporat, mahupun NGO biasanya berdasarkan kepada kalendar ini. KWSP, Lembaga Hasil, roadtax, insuran hayat, insuran kereta, bil telefon, bil letrik, dan lain-lain; kebanyakannya berdasarkan kepada kalendar sonar Masehi.

Makanya, perancangan peribadi juga akan terkesan dengan kalendar Masehi.

Buat sambutan? Tak perlu. Cukuplah dengan ‘buat perancangan’. Tetapkan azam? Tidak seperti yang ramai maksudkan. Yang penting, tetapkan sasaran yang tepat dan berkesan. Sasaran yang terperinci, mempunyai tempoh, dan juga anda tahu jika anda sudah berjaya mencapainya. Tetapkan ‘indeks’ yang jelas untuk setiap sasaran. Ada indeks akhir, dan indeks proses.

Saya berikan anda contoh. Pada tahun 2010, Zamrin mahu menulis 5 buah buku.Maka indeks akhir ialah: 5 buah buku saya terbit sebelum 31 Disember 2010. Itu namanya ‘Indeks Akhir’. Kemudian, dia perlu tetapkan samada 5 buah itu diterbitkan sekaligus atau satu persatu. Jikalau satu persatu, maka berapa bulan sekali buku itu diterbitkan? Ini dinamakan ‘Sub Indeks Akhir’. Contohnya; Sebuah buku pada Mac, Jun, Ogos, Oktober dan Disember.

Bagaimana pula dengan indeks proses? Ia adalah indeks untuk memastikan kita berdisiplin dalam mencapai sasaran tersebut. Berapa muksurat Zamrin perlu taip setiap minggu? setiap bulan? setiap hari? Berapa buah buku dia perlu baca seminggu? Berapa orang dia perlu temuramah? Dan bermacam lagi komitmen yang dia perlu lakukan; samada setiap hari, minggu, bulanan, dan dalam bentuk yang lain.

Perlukah menunggu 1 Januari untuk buat semua itu? Sudah pasti tidak perlu. Tetapi memandangkan 1 Januari sedang hampir, ia adalah alasan yang baik untuk melakukannya. Anda masih tetap boleh melakukannya pada 5hb, 13hb, 29hb- tidak kira Januari, Mac, September, mahupun Syaaban.

Semoga kebaikan bersama anda semua pada tahun mendatang. Salam sukses selalu!

Fadzli Yusof sebagai motivator lima hari berturut-turut di televisyen nasional
Rasanya minggu catat sejarah baru dalam hidup. Atau, mungkin sebelum ini sudah tercatat, tetapi tidak perasan. Minggu ini lima hari berturut-turut saya muncul di kaca televisyen sebagai motivator. Subhanallah..

Isnin 9 Nov: Respon TV1

Selasa 10 Nov: AWANI PAGI ASTRO

Rabu 11 Nov: Motivasi Pagi TV3

Khamis 12 Nov: Selamat Pagi Malaysia RTM1

Jumaat 13 Nov: Motivasi Pagi TV3

Di sebalik kekurangan yang ada, saya doakan agar ramai yang mendapat manfaat daripada siri-siri tersebut. Insya Allah, saya akan tingkatkan lagi gaya persembahan-pembentangan supaya menjadi lebih segar-rancak dan bertenaga.

Terima kasih buat para penerbit yang banyak memberikan tunjuk ajar dan sokongan untuk saya, serta memberikan ruang untuk berkongsi idea-tip buat para penonton.

Segala kebaikan dan kehebatan adalah milik Allah.

Siapa Salah? Perlukah?
Semalam semasa sedang duduk di kaki lima sebuah hospital kerana sedikit urusan, saya terdengar seorang wanita sedang bercakap telefon. Bukan sengaja nak pasang telinga, tetapi dia bercakap dengan agak kuat.Tanpa perlu pasang telinga, saya sudah boleh menangkap setiap baris ayat dan perkataan.

“Saya pun tak tahu kenapa boleh jadi macam ni Encik!” kata wanita itu sambil mundar mandir. Kemudian dia cuba menerangkan sesuatu yang agak teknikal. Saya memahami beberapa idea mudah, dan kurang faham beberapa ayatnya. Kemudian, sepotong ayat menarik perhatian saya;

“Saya pun tak tahu nak salahkan sapa lagi Encik. Saya pun pening!”

Perlukah kita salahkan orang lain? Jika sekiranya ianya di bawah bidang kuasa kita, maka kita perlu mengambil tanggungjawab. Jika sekiranya ia di bawah bidang kuasa orang lain, dia tak perlu memberi penjelasan di dalam telefon. Beri sahaja nombor talian orang yang bertanggungjawab dalam urusan tersebut.

Jika sekiranya dia yang menjaga urusan tersebut, dan sesuatu berlaku di luar kawalan, maka dia masih tak perlu cari ’siapa yang bersalah’. Dia hanya perlu menjelaskan suasana ‘act of God’ yang berlaku itu. Tiada sesiapa yang perlu disalahkan. Terus sahaja bincangkan tentang ‘bagaimana untuk mengatasi’ dan ‘apa yang boleh dilakukan’.

Kadang-kadang memang ada orang yang suka mencari salah, ataupun berfikiran ‘offensif’. Dia suka berfikir tentang mencari siapa yang silap. Dia akan selalu menyakiti hati orang lain,?walaupun dia tidak pernah mahu menyakiti hati orang lain. Gaya fikirnya menumpukan kepada?mencari siapa yang bersalah, supaya dia selamat dari sebarang salah, walaupun sememangnya dia tak perlu takut dianggap bersalah. Maka lahirlah komunikasi dan interaksi yang melukakan orang di sekelilingnya.

Jikalau dia mencari fail di pejabat, dia suka bertanya, “Di mana awak letak fail berwarna merah tu?”, padahal dia boleh sahaja berkata, “Di mana fail berwarna merah tu?”.

Manakala pemikiran konstruktif pula adalah pemikiran yang melahirkan kerja berpasukan yang sinergi. Gaya fikir ini berlaku apabila seseorang itu tidak mementingkan ’siapa yang bersalah’, tetapi ‘apa yang boleh kita buat’ atau ‘bagaimana untuk mengatasinya’. Dengan gaya fikir begitu, tutur katanya nanti tidak akan menyakiti hati orang lain.

Berikut adalah beberapa contoh ayat-ayat orang berfikiran ofensif:

“Kenapa awak letak beg ni merata-rata? Saya tersepak tadi!” (Ofensif)

“Bagaimana beg ini boleh berada di sini?” (Neutral)

“Macamana kita nak pastikan pejabat kita tidak bersepah dan merbahaya ya?” (Konstruktif)

“Mana awak letak kertas tadi?” (Ofensif)

“Di mana kertas tadi?” (Neutral)

“Di mana saya boleh dapatkan kertas tadi ye?” (Konstruktif)

Kebiasaannya, orang yang berfikiran ofensif dan mencari salah akan menjadi lebih stress berbanding orang lain. Jika dia ditimpa musibah atau masalah, kebiasaannya dia akan berkata:

“Kenapa Tuhan uji saya begini?” (Ofensif)

“Kenapa saya? Kenapa!” (Ofensif)

“Semuanya tak kena. Takdir / Dunia / Hidup ini memang tidak adil!” (Ofensif menyalahkan hidup/dunia)

“Kenapalah aku ditakdirkan begini…” (Ofensif menyalah-nyalahkan takdir)

Untuk apa kita mempersoalkan ‘kenapa’ Tuhan melakukan sesuatu? Adakah Tuhan perlu memberikan alasanNya kepada kita? Sebaliknya, orang yang neutral-positif akan berkata:

“Apakah hikmah yang Tuhan ingin tunjukkan dalam kejadian ini?” (Neutral-Positif)

Manakala orang yang Konstruktif akan berkata:

“Apa yang boleh/patut aku lakukan untuk menghadapi situasi ini?” (Konstruktif)

“Apa kekuatan/peluang yang aku boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah ini?” (Konstruktif)

“Siapa yang boleh bantu saya selesaikan situasi ini?”  (Konstruktif)

“Apakah kebaikan yang saya boleh perolehi selepas saya berjaya selesaikan masalah ini?”  (Konstruktif)

…bersambung.

Mari Belajar Bahasa Inggeris!

Salam Aidiltri: Kembalikah FITRAH?
Hari Raya kita boleh bergembira. Kenapa? Untuk apa? Gembira kerana kita mendapat semula fitrah perkasa power unggul milik manusia. Fitrah manusia yang bersih dan mulus. Fitrah ubudiyah dan fitrah kuasa kawal terhadap diri sendiri. Fitrah kesabaran menempuhi dugaan hidup. Fitrah ‘taqwa’ yang menjadi matlamat Ramadhan itu sendiri.

Aduhai, indahnya hidup kalau benar-benar memilikinya…

Memang layak lah bagi mereka untuk bergembira.

Ramadhan mengajar kita tentang self control - kuasa kawal diri. Kuasa kawal diri bermaksud, kita yang menentukan fikiran, emosi dan tindakan kita. Kita kawal diri kita sendiri; samada mahu fikir atau tidak, mahu sedih atau gembira, mahu patuh atau ingkar, mahu buat atau tinggalkan. Kita yang tentukan, bukan nafsu dan syaitan. Kita yang tentukan, untuk mencapai ubudiyah dan rasa bertuhan.

Kuasa kawal diri itu menghasilkan kesabaran.Kesabaran itu tunjang taqwa. Taqwa pula tunjang ubudiyah. Ubudiyah itu mengabdikan kepada Allah. Dan Allah itulah tujuan kita berhidup.

Jadi, berapakah ‘markah’ Ramadhan kita? Apakah skema pemarkahannya? Mungkin idea di bawah ini boleh membantu kita memikirkannya:

1. Adakah anda telah bertahajud sepertiga akhir malam pada setiap 30 malam Ramadhan?

2. Adakah anda bertarawih setiap malam?

3. Adakah anda bersolat Isyak dan Subuh berjamaah setiap malam?

4. Adakah anda berjaya menghabiskan 30 juzuk bacaan alQuran sepanjang Ramadhan?

5. Adakah anda bersedekah sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan?

6. Adakah anda ?tetap dengan Ma’thurat pagi dan petang?

7. Anda anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?

8. Adakah anda melakukan solat sunat Dhuha, Rawatib, Taubat, Hajat setiap hari sepanjang Ramadhan?

Rasa malu pula untuk bertakbir di Aidilfitri, kerana itu simbol kemenangan dan kehebatan. Semoga Allah menerima Ramadhan kita, memberikan pengampunan, dan memberkati setiap kebaikan yang diberikan. Agar nanti terubatlah sedikit kekurangan Ramadhan. Agar nanti boleh kita mengukir senyum dan menyulam rasa di pagi Syawal.

Aduhai Ramadhan. Aduhai diri ini. Aduhai Aidilfitri…

Selamat Hari Raya untuk semua

Tip Kerja Berpasukan: Merenjis Air Mawar
Ini bukanlah kaedah dalam mengagihkan tugas, tetapi tip penting untuk kita lakukan selepas kerja dibereskan. Ia ringkas sahaja iaitu ‘pujian dan penghargaan’. Kita mesti faham satu konsep yang lebih jelas iaitu setiap di kalangan kita adalah manusia dan manusia mempunyai harga diri. Hormati harga diri orang lain dan jagalah emosi mereka. Mereka bukannya robot yang boleh disuruh berbuat apa sahaja tanpa penghargaan. Manusia inginkan penghargaan. ‘Renjiskan’ penghargaan kepada mereka dengan bersungguh-sungguh. Thomas Fuller pernah menyebut, ‘Praise makes good men better’.

Pernahkah kita menyaksikan majlis persandingan? Biasanya sepasang pengantin duduk di atas pelamin yang cantik dan gilang gemilang. Kemudian, datang tetamu satu persatu ke pentas pelamin merenjis tepung tawar. Apabila orang yang menepung tawar itu orang yang berkedudukan, semakin bangga pengantin dan keluarga mereka. Tahukah anda apakah gelaran kepada pasangan pengantin? Ya, mereka begitu gembira dan berprestij, sehingga digelar sebagai ‘Raja Sehari’. Kenapa? Kerana mereka begitu dihargai oleh semua yang ada pada hari itu.

Begitu juga apabila anda bekerja bersama orang lain. Hargailah mereka yang melakukan tugasan itu dengan ‘merenjiskan’ pujian dan penghargaan kepada mereka. Bagaimana hendak merenjiskan air mawar? Bukannya susah. Pertama sekali, ungkapkan terima kasih dengan wajah senyum dan manis. Luahkan kita benar-benar menghargai apa yang telah dilakukannya. Sebut juga faedah dan manfaat yang mungkin diperoleh oleh organisasi hasil daripada kerja yang cemerlang itu.

Kedua, sebutkan dengan jelas dan terperinci apakah perkara yang kita sukakan dalam kerja itu. Mungkin kerana susunannya ataupun rekabentuknya ataupun warnanya, atau ketepatan masanya dan banyak lagi. Tunjukkan kita benar-benar mengagumi hasil kerja mereka.

Ketiga, kita boleh juga menggunakan hubungan fizikal bagi mencantikkan lagi ‘renjisan’ mawar kita itu. Kita boleh menepuk belakang atau berjabat tangan dengannya. Pandang ke arah matanya, senyum dan tunjukkan kita benar-benar menghargai hasil kerjanya itu. Kajian menunjukkan sentuhan fizikal dapat mempengaruhi emosi seorang itu. Ini kerana badan manusia mempunyai gelombang masing-masing. Apabila badan kita bersentuh, ia mempengaruhi emosi dan perasaan seseorang.

Ada pantang larang dalam tip ini. Seperti biasa, jangan hipokrit sesama ahli pasukan. Hargai mereka secara ikhlas dari hati. Latih hati kita menjadi baik dan lembut. Puji mereka dari hati. Apabila anda berpura-pura, pasti orang lain menyedarinya. Apabila kita berpura-pura memuji, orang lain tidak sedikit pun rasa dihargai, bahkan ia dapat menimbulkan rasa jelek dan menyampah pada diri anda. Jadi, pastikan anda berhati-hati semasa ‘merenjis mawar’. Tersalah cara, buruk padahnya!

Menghadapi Konflik dalam Pasukan
Konflik tidak selesai dengan kemarahan

Adakalanya kerja secara berpasukan ‘diuji’ dengan krisis dan konflik yang tidak dijangka. Sama ada ia tidak dapat dielakkan ataupun sebaliknya. Kita perlu ingat satu petua penting, jangan melenting! Kerana kemarahan tanpa sebab yang sah tidak menyelesaikan apa-apa masalah.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Thabrani, Nabi Muhammad pernah ditanya oleh Abu Dardak, “Wahai Pesuruh Allah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang membawa aku ke syurga.” Nabi menjawab, “Janganlah engkau marah!” Imam al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah menyebut, “Sesungguhnya ketiadaan marah sama sekali adalah tercela. Yang terpuji ialah perasaan marah yang disuluhi oleh akal dan agama.”

Nabi Muhammad dan Abdullah bin Ubay

Abdullah bin Ubay adalah ketua orang munafik (orang yang bermuka-muka) di Madinah. Dia orang yang sangat berpengaruh, bahkan hampir sahaja dilantik oleh Aus dan Khazraj sebagai pemimpin Madinah sebelum Hijrah Nabi. Tetapi, apabila Nabi Muhammad bersetuju untuk berhijrah, maka Abdullah bin Ubay telah hilang peluang keemasannya itu. Oleh yang demikian, dia berasa sungguh kecewa dan sentiasa mencari jalan mahu menyusahkan Rasulullah dengan berpura-pura memeluk Islam.

Antara ‘kecurangannya’ yang paling besar pernah dilakukan oleh Abdullah adalah ketika kembalinya Nabi Muhammad bersama 400 Muslimin daripada Perang Bani Mustaliq. Antara yang turut serta adalah Abdullah dan anaknya sendiri.

Semasa dalam perjalanan, berlaku sedikit pertengkaran antara seorang Muhajirin (orang yang berasal dari Makkah) dengan seorang Ansar (penduduk asal Madinah) semasa sedang mengambil air minuman. Pertengkaran itu bersifat peribadi, tetapi akhirnya ‘diperhangatkan’ oleh Abdullah bin Ubai. Abdullah memberikan ucapan kepada orang-orang Ansar mengatakan golongan Muhajirin menjadi besar kepala kerana orang Ansar terlalu memberi muka kepada mereka.

Apabila berita ini sampai kepada pengetahuan Nabi, beliau tidak melenting, sebaliknya tenang dan berfikir mencari jalan yang terbaik. Umar bin Khattab yang berada di sampingnya memohon untuk memancung kepala Abdullah sahaja. Tetapi Nabi berkata, “Adakah kamu suka dikatakan bahawa Muhammad telah membunuh sahabatnya sendiri?”

Apa yang dilakukan oleh Nabi adalah mengarahkan supaya rombongan segera bertolak pulang. Kali ini, perjalanan mereka memakan masa sehingga dua hari satu malam tanpa henti-henti. Anda tahu apa yang berlaku? Ya, sudah tentu mereka semua menjadi letih. Mereka juga tidak banyak masa untuk bercerita-cerita dan bergosip sehingga memburukkan lagi suasana. Lebih menarik lagi, apabila matahari terbenam pada hari kedua perjalanan tanpa henti mereka, Nabi menyuruh rombongan berhenti rehat. Sebaik sahaja mereka berhenti, rombongan itu semuanya tertidur kepenatan. Sekali lagi mereka tiada masa mengadu-domba sesama sendiri.

Di samping itu, strategi ini membuatkan orang semakin lupa dengan peristiwa tiga hari sebelum itu. Manakala Abdullah dan penyokong-penyokongnya mula tertanya-tanya apakah bentuk hukuman yang akan dijatuhkan oleh Nabi ke atas mereka. Terdengar khabar angin mengatakan Abdullah akan dijatuhi hukuman bunuh. Apabila terdengar berita tersebut, anak Abdullah sendiri telah berjumpa Nabi dan menawarkan diri untuk membunuh ayah kandungnya! Namun, Nabi dengan berlapang dada meyakinkannya yang Abdullah tidak akan dihukum dengan pedang, tetapi dengan cara yang lebih baik.

Polisi yang diambil oleh Nabi ini begitu mengharukan, sehingga menyebabkan penyokong-penyokong Abdullah sendiri mula mengenepikannya. Bahkan mereka mula tidak endahkan Abdullah, serta melayan ‘pemimpin’ mereka itu dengan kekasaran. Lama kelamaan, kelompok munafik ini semakin lemah dan lemah kerana tindakan ‘hikmah’ yang diambil oleh Nabi. Nabi pun berkata kepada Umar;

“Sekarang apa pendapatmu Umar? Jika aku menurut cadanganmu dulu (membunuh Abdullah), sudah tentu orang-orangnya bangun memberontak. Tetapi sekarang, jika aku memerintahkan supaya dia dibunuh, sudah tentu dia akan dibunuh oleh orang-orangnya sendiri!” Umar mengiyakan kebijaksanaan dan keberkatan Nabi Muhammad yang terpuji itu.

Prinsip Sungai Kehidupan
Kehidupan ini umpama sebuah sungai yang deras, yang mana hujungnya adalah sabuah air terjun yang tinggi, kuat, dan sungguh ganas. Di bawah air terjun penuh dengan batu-batu keras dan tajam; yang pasti akan menghancurkan apa sahaja yang jatuh ke bawah.

Manusia umpama berada di sungai yang deras itu. Mereka akan sentiasa ditolak oleh arus sungai, menuju ke arah air terjun. Cuba bayangkan anda dalam situasi tersebut, apa yang anda akan lakukan?

Ya, apa yang anda perlu lakukan ialah dengan berenang melawan arus, menuju ke lorong sungai yang selamat, yang boleh membawa anda ke lautan kejayaan. Mereka yang gagal tidak pernah merancang untuk gagal, tetapi mereka tidak pernah merancang dan bertindak untuk apa-apa! Mereka membiarkan diri mereka dibawa arus. Mereka asyik dan bersantai-santai dengan arus sungai yang dingin dan membelai itu. Mereka tidak tahu (atau buat-buat tak tahu) bahawa di hujung sana ada air terjun kejam yang sedang menanti. Mereka hanya mengikut arus. Destinasi mereka ditentukan oleh arus, bukan mereka yang menentukannya destinasi mereka sendiri.

Cubalah bertanya kepada pakcik peminta sedekah yang merempat di tepi jalan. Adakah dia akan berkata, “Pakcik memang merancang untuk jadi pengemis!”, atau mungkinkah seorang penagih dadah akan memberitahu, “Abang masa kecil memang bercita-cita untuk jadi penagih tegar!”. Adakah mungkin? Gila!

Mereka tidak pernah terfikir pun untuk hidup susah, menderita, merempat dan gagal. Mereka cuma teruskan hidup. Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun; mereka hanya HIDUP, tetapi tidak mengawal hidup mereka sendiri. Bila bersekolah, mereka berkawan dengan pelajar yang hanya tahu berseronok. Bila ditawarkan rokok, mereka mencuba. Bila ketagih, dapatkan duit. Bila sekolah tidak memberikan duit, mereka ponteng. Mereka berhenti sekolah. Mereka lepak sebab rehat dan seronok. Mereka bergaul bebas sebab nafsu terangsang. Mereka merempit sebab macam hebat. Mereka menganggur, sebab majikan itu membosankan. Mereka terus menganggur, sebab mereka masih suka melepak dan bergelak ketawa. Berpeluh dan berfikir perlukan usaha. Itu tidak seronok!

Mereka tidak merancang, menanam azam, menetapkan sasaran, menentukan strategi, mempelajari perkara baru, dan berusaha keras. Mereka ENGGAN untuk berenang melawan arus yang deras. Dan akhir sekali, apabila tiba di hujung sungai, mereka jatuh dan berhempas di atas batu-batu keras dan tajam. Ia sungguh menderitakan. Sakit dan memeritkan.

Anda tidak perlu merancang untuk GAGAL. Tiada perancangan itu sendiri, sudahpun satu kegagalan.

Bagaimana anda selepas ini?

Pengumuman! Majlis Iftar TAMRIN 7 Sept 09
Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) akan menganjurkan majlis IFTAR Ramadhan 2009 (Berbuka Puasa) eksklusif untuk penggiat industri latihan dan bina insan tanahair.

Dapatkan tip dari motivator nasional, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, dan Dr Tengku Asmadi Mohamed; serta ruang untuk saling bertukar-tukar idea dengan kenalan baru.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 7 September 2009

Tempat: DePalma Hotel Ampang

Masa: 3.00pm – 8.30pm

Yuran Penyertaan:	RM85.00

Aturcara Majlis

2.30pm:	Ketibaan Para Jemputan

3.00pm: 	Sessi Perkongsian Istimewa oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah (Penasihat TAMRIN), Tajuk “Langkah Hebat Trainer Terbilang”

4.45pm:	Solat Asar

5.15pm	Forum / Dialog bersama Dr. Tengku Asmadi (Presiden TAMRIN) & Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

6.45pm	IFTAR

7.30pm	Solat Maghrib

7.45pm	Jamuan & ramah mesra

8.30pm	Bersurai

Kepada para perunding latihan, perunding motivasi, penceramah, dan sesiapa yang berminat, boleh segera mendaftar dengan menghubungi Sekretariat TAMRIN,

(En. Rashid) di talian 016 5580719

Fadzli Yusof live di Selamat Pagi Malaysia
Sudah lama saya tidak maklumkan penampilan saya di kaca TV. Adakalanya jemputan dibuat secara mendadak, adakalanya tak sempat untuk saya maklumkan di sini. Berikut adalah info penampilan terkini:

Tarikh: 31 Ogos 2009

Masa: 7.45 pagi

Channel: TV1

Topik: Menghayati Kemerdekaan

Jikalau ada idea tentang topik tersebut, bolehlah berkongsi di sini! Salam sukses daripada saya untuk anda semua. Ramadhan Kareem!