Kita Minum Dulu! Kafein sebagai penghalang tidur yang tidak baik
November 30th, 2007 | by Fadzli Yusof |
Kopi adalah antara minuman yang paling popular di kalangan kita. Sebab itu orang memanggil ‘kedai kopi’, walaupun kedai itu menjual banyak lagi air lain. Dalam kopi mengandungi banyak kandungan ‘kafein’. Biasanya pelajar meminum kopi untuk mengelakkan rasa mengantuk. Tahukah anda, dalam masa yang sama, kafein ini juga boleh menyebabkan rasa ‘mengantuk’. Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang kafein:
• Walaupun meminum kopi pada waktu pagi boleh meningkatkan kesegaran, tetapi minum kopi di waktu tengahari boleh menyebabkan anda asyik menguap.
• Minum kopi secara kerap boleh menghilangkan ‘kesan’ kopi dalam tubuh anda. Tubuh anda seolah-olah sudah lali dengan kesan kafein itu.
• Mengambil kafein dalam kuatiti yang banyak boleh mendorong kepada tekanan sikap dan tingkahlaku, yang mana boleh menyebabkan rasa mengantuk serta prestasi yang merosot.
• Kafein membakar kalori (tenaga) kerana ia merangsang penghasilan insulin . Ini akan menyebabkan kandungan gula dalam darah merosot dengan drastik dan anda akan merasa tidak berdaya.
7 Responses to “Kita Minum Dulu! Kafein sebagai penghalang tidur yang tidak baik”
By ibnuhassim on Nov 30, 2007 | Reply
Salam saudara Fadzli
Nak buat macam mana dari kecil lagi dah minum kopi. Kopi “cow’ pula tu. Kopi kapal api lagi..
Fadzli Yusof: Ha..ha..ha..
By JimieRay on Nov 30, 2007 | Reply
Satu info yang menarik. Saya pernah terbaca sebelum ni tak tak ingat kat mana bahawa komuditi kopi adalah jualan kedua terbesar di dunia selepas minyak.
Maaf, kalau info saya salah.
Fadzli Yusof: Terima kasih atas info tambahan Jimie!
By M Fitri b Dr Shukri on Dec 2, 2007 | Reply
Fadzli,
“Take everything in moderation”
that is the most appropriate policy.
Fadzli Yusof: Absolutely! Somehow there are things that should not be taken at all!
By Azree MH on Dec 2, 2007 | Reply
Alamak. Saya ni memang peminat kopi sejak dari kecil…. Susah juga nak berhenti perlahan-lahan minum kopi ni.
By Randavi on Dec 10, 2007 | Reply
dalam kopi ada kafein, itulah hakikat. Namun dengan teknologi yang ada kadar kafein dalam kopi boleh dikurangkan. Rasa2nya, berapa kandungan kafein dalam kopi tongkat ali? Ada satu kajian di eropah yang mengatakan wanita lanjut usia yang gemar meminum kopi lambat nyanyuk.
By masatun on Jul 20, 2008 | Reply
ahai?just dropping by…
memang betul, saya selalu mengantuk tengahari..yang masalahnya saya mahu buat tidak mengantuk pula.camna caranya ya? saya cuba tak minum kopi langsung…tapi apa yang peprnah saya baca gula la yang paling bahaya..gula putih tu.yang menyebabkan kita lemah pada tengahari. jadi sapa sapa tahu gula ke kopi?er kopi ke nescafe yang lagi tinggi kafein?
By faqir on Jan 26, 2010 | Reply
habis? camne nak berenti dari ketagihan minum kopi ni? sebab ada satu info kate lau kita mengurangkan kadar kafein dalam badan kita akan cepat meradang,muntah,loya dan ada lagi..
jadi bolehkah nak berenti tibe2 atau secara berkala? lagi satu.. addicted ni boleh baik ke?
FY: Penagih dadah pun boleh berhenti, inikan pula penagih kopi. Namun, saya bukanlah pakar nutrisi untuk menasihat secara detail. Tuan boleh bertanya pakar pemakanan dan carilah solusinya. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan.