Lagi cerita-cerita Dr Palsu
April 30th, 2008 | by Fadzli Yusof |
Bersama Sdr Kamal Effendi dan Amin Idris
Hari Khamis lepas saya sempat menghadiri Majlis Solat Hajat AJK Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia @ TAMRIN. Terlewat kerana kesesakan luar jangka (ada kemalangan ngeri, seorang pelajar SMK Taman Melawati maut di himpit pajero). Selepas diadakan majlis Baca Yaasin, Tahlil dan solat Hajat, kami semua makan malam bersama. Saya makan semeja dengan En Kamal Efendi dan bersembang panjang. Katanya, Jumaat nanti akhbar Kosmo! akan menemuramahnya. Dia akan membuat satu pembongkaran eksklusif.
“For the sake of the truth, saya tak kira apa orang kata. The truth is the truth.”
Dia ada menegaskan, tindakan ini bukanlah untuk memalukan sesiapa, tetapi untuk membersihkan integriti dunia pembinaan insan- motivasi di negara. Kalau dibiarkan, bolehlah seorang yang tidak lulus SPM, kemudian membayar RM15,000 untuk ‘PhD’, kemudian menjaja ke sekolah-sekolah “Teknik Pelajar Cemerlang?”. Adakah kita ingin membiarkan seorang demi seorang penceramah motivasi dan perunding latihan lahir dari kalangan mereka yang tidak ada kredibiliti dan amanah?
Sebenarnya, bukan seorang dua motivator dan perunding latihan yang menggunakan gelaran “Dr” tanpa saluran yang disahkan. Ramai. Saya ulangi, ramai!. Mereka selalu membuat program-program di sekolah dan IPT, bahkan hingga ke jabatan kerajaan dan korporat. Ada di antara yang mendakwa diri mereka mendapat PhD, ataupun DBA (Doctorate of Business Administration), atau Doktor Kehormat, atau Doktor Perubatan Alternatif (Alternatif Healing) dan bermacam lagi.
Bahkan, lebih memalukan, ada yang menggunakan gelaran “Prof”, sedangkan mereka tidaklah attach dengan mana-mana IPT! Adakah mereka tidak tahu bahawa, seorang Profesor di IPT akan hilang gelaran “Prof” mereka setelah mereka tamat perkhidmatan sebagai seorang ahli akademik? Yang pelik, mereka rancak berbisnes, tetapi mempunyai gelaran “Prof”. Ajaib betul.
Jika dibiarkan lima enam tahun lagi, saya rasa mungkin perkara ini makin parah lagi. Sebab itu TAMRIN mengambil inisiatif untuk mewujudkan sistem akreditasi motivator dan trainer. Kami telah berbincang dengan Prof Datuk Hamdan Adnan, yang mempunyai pengalaman mewujudkan akreditasi untuk pegawai perhubungan awam. Datuk Fadzilah Kamsah sendiri menjadi Penasihat Tetap pertubuhan, dengan Dr Tengku Asmadi selaku Presidennya. Apa yang diharapkan, industri bina insan menjadi lebih bersih dan kredibel, dalam masa yang sama, semakin rancak dan berkualiti!
FY: Saya juga pernah ‘dilamar’ untuk menyertai kelompok PhD segera ini, tetapi setelah berfikir panjang, saya tidak sanggup untuk melihat orang lain memandang saya dengan pandangan ‘hormat’ (kerana telah melalui proses ilmu yang tinggi-PhD), walhal saya hanya membayar RM15,000 dan menghadiri 3 seminar di hotel lima bintang!
23 Responses to “Lagi cerita-cerita Dr Palsu”
By Zamri Mohamad on Apr 30, 2008 | Reply
Pendedahan senarai nama oleh Tuan Kamal Affendi sendiri di sini buat pertama kali.
http://motivasiminda.wordpress.com/2008/04/27/motivator-negara-ada-yang-timbul-dan-ada-motivator-negara-yang-akan-tenggelam/#comment-1462
Oh, beliau ada blog rupanya.
By Awang on Apr 30, 2008 | Reply
Petikan daripada blog En Kamal Effendi:
“…Terimakasih di atas keperihatinan saudara. Berikut adalah antara Dr. Palsu yang terdapat dalam senarai tersebut.
** **** @dr****.com : univ tak ujud
En.****** @ ******* ***** : uni tak ujud
Prof ******* @ ****** **** : Univ Bomoh
**** @ ****** **** : Univ Bomoh
dan ramai lagi…
Saya harap mereka saman saya di mahkamah atas tuduhan fitnah. Tapi saya amat pasti mereka tidak akan melakukannya kerana dalam kes fitnah, orang yang kena fitnah hendaklah membuktikan apa yang saya katakan ini tidak benar. Sekiranya mereka gagal, dengan sendirinya mereka akan didapati memang memperdayakan orang ramai dan tuduhan tadi bukan fitnah. Sebab itu, tak seorangpun membuat laporan polis.
Saya beritahu saudara perkara ini atas dasar kebenaran dan supaya tidak menimbulkan fitnah kepada motivator lain.
Sesiapa yang ada membeli buku mereka, buat laporan Polis dan juga kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untuk tindakan lanjut.
Kamal fnd Hashim.
019-2109999″
FY: Saya padam nama-nama tersebut. Mungkin boleh tengok di sumber asal- pada blog Zamri pun ada. Cuma saya tak mahu diskusi di blog ini menjurus kepada SIAPA orangnya, tetapi - APA dan BAGAIMANA untuk memperbetulkan situasi ini. Misi kita, 2-3 tahun akan datang, orang memilih trainer/motivator/speaker kerana kualiti-integriti, bukan semata-mata ‘gelaran’ yang tidak tahu dari mana datangnya. Di negara maju, ramai trainer/speaker/motivator yang tidak ada gelaran ‘Dr’ pun, tetapi diterima hangat- kerana kualiti-integriti-personaliti. Contohnya seperti Anthony Robbin, John Maxwell, Adam Khoo, dan ramai lagi. Kalau sudah bagus, kenapa perlu memperdayakan orang, bukankah begitu? Pada pandangan saya, ada seorang Dr yang disebut-sebut, mempunyai idea-idea yang baik, buku-buku yang bagus, serta penyampaian yang tidak kurang hebatnya. Kalau beliau tampil tanpa Dr pun, rasanya ramai yang seronok dan menerima.
Selepas ini, kita pastikan medan dakwah-tarbiyah ini lebih berkualiti, berintegriti, dan lebih tulus. Fokus kita, bina ummah. Saya percaya, walaupun isu ini sungguh perit (saya pun tidak suka), tetapi demi untuk menjaga medan dakwah-tarbiyah ini, saya rasa tindakan Encik Kamal-TAMRIN adalah tindakan yang wajar.
By akram on May 2, 2008 | Reply
Saudara Fadzli,
Isu Dr.Palsu ini, boleh tahan juga panasnya ya. Saya lihat ramai yang ambil berat dan menarik pula isi perbincangannya. Boleh tampilkan isu-isu panas lain lagi ke? seperti murid sekarang makin tidak berbahasa (ambil contoh fokus slot Kopi Panas dan Nasi Lemak Tv 9 pagi tadi), bagus juga untuk dibincangkan. lain-lain : Botox ke! wanita idaman ke! rasuah bola sepak ? banyak lagi. Nak join jugalah dengan geng-geng lain.
selamat bekenalan dengan saudara dan kawan-kawan. Blog ni sangat menariklah. tahniah juga untuk buku Kuasa Hijrah. Nanti saya beli, nak tahu kenapa buku itu disukai ramai. kalau best saya cakap kat kawan-kawan lain.
FY: Terima kasih Sdr Akram atas kesudian menziarahi blog ini. Sekadar berkongsi maklumat dengan rakan-rakan. Salam Hijrah untuk Sdra!
By Fitri Shukri on May 2, 2008 | Reply
Saudara Fadzli,
Saya tak kisah kalau orang yang beri motivasi itu, masa dia UPSR dulu pun tak lulus, tak dapat 5A atau kata orang ’sekolah takat darjah enam sahaja’.
Yang penting bagi saya, motivator itu ikhlas dan memberi ceramah dengan sebaik mungkin.
Ingat, motivator termahal di dunia, Anthony Robbins, kalau ikut standard Malaysia, SPM pun tak lulus tau! Tapi sekarang, kalau nak ikut sesi personal coaching dengan beliau, siaplah jutaan US Dollar terlebih dahulu.
Di Singapore pulak, Adam Khoo terus terang pulak menggunakan pengalaman ‘kantoi sekolah’ sebagai aset untuk menjual buku dan program motivasi beliau.
Namun, yess, namun, bagi saya, yang penting ikhlas dan jujur. Menggunakan PhD ‘meggi mee’ ini yang saya memang tak setuju langsung. Saya memang dah lama mengesyaki Dr**** kita ini PhDnya masuk kategori ’suspek’. Bahkan ada seorang lagi motivator pakar menjadi jutawan siber yang meletakkan ‘Dr’ di depan nama beliau juga masuk dalam list ’suspek’ saya. Tapi kalau cakap lebih2, nanti orang kata saya ini ‘motivator hasad dengki tak boleh tengok orang lain berjaya’. Jadi saya diamkan diri aje. Alhamdulillah, pendedahan kali ini mungkin bakal merubah sedikit senario ‘motivasi’ di Malaysia. Saya yakin kebenaran akan akhirnya muncul jua. Bagi yang terkena batang hidung, jalan penyelesaian masih ada… Masih sempat memohon maaf.
BTW, saya sendiri tak pernah menganggap diri saya sebagai ‘penceramah motivasi’. Semua orang adalah motivator kepada diri mereka sendiri.
By Fadzli Yusof on May 3, 2008 | Reply
Benar sekali pandangan Sdr Fitri. Tiada masalah kalau belajar tidak tinggi kalau belajar setakat sekolah rendah pun tak pe, yang penting seseorang itu beramanah dan berintegriti tentang dirinya sendiri. (tetapi seelok-eloknya, at least ada degree, bukan begitu?) Yang penting, dia kena buktikan bahawa dia belajar daripada kesilapan, dan telah berjaya mengubah dirinya dengan teknik-teknik yang digagaskan dalam ceramahnya.
Tentang jutawan siber tu, saya rasa saya tahu siapa. Kalau merujuk kepada webnya, dia hanya menggunakan gelaran “Dr” tak sampai setahun, selepas itu ‘tidak sanggup’ lagi meneruskannya. Kemudian, dia membuat permintaan terbuka supaya tidak memanggilnya “Dr” lagi. Satu tindakan yang berani dan ‘pemulihan’ integriti yang boleh dipuji.
By tomei on May 4, 2008 | Reply
Satu perkara yang perlu diketengahkan juga adalah mereka yang menggunakan dr palsu ini juga mungkin menjsdi mangsa keadaan. Iaitu mereka mungkin tertipu. Sebagai contoh dr cyber yang diperkatakan itu mendapat doctorate dari badan yang mendapat sokongan kementerian sumber manusia.
kalau Dari gambar laman web berkenaan terdapat vvip termasuk menteri sumber manusia memberi sokongan.
Apa pendapat anda?
FY: Mungkin benar juga mereka menjadi mangsa. Tetapi, itu tidaklah mengesahkan bahawa mereka boleh menggunakan gelaran “Dr”. Banyak juga skim cepat kaya yang mengeksploitasi orang VVIP, banyak juga ajaran sesat melakukan perkara yang sama. Tetapi semua itu tidak boleh dijadikan alasan untuk meneruskan kepalsuan tersebut.
By tomei on May 5, 2008 | Reply
“Tentang jutawan siber tu, saya rasa saya tahu siapa. Kalau merujuk kepada webnya, dia hanya menggunakan gelaran “Dr” tak sampai setahun, selepas itu ‘tidak sanggup’ lagi meneruskannya. Kemudian, dia membuat permintaan terbuka supaya tidak memanggilnya “Dr” lagi. Satu tindakan yang berani dan ‘pemulihan’ integriti yang boleh dipuji.”
saya setuju benar. tetapi adakah doctoratenya juga palsu sedangkan ia mendapat sokongan Kementerian Sumber Manusia? Tuhan sahaja yang tahu.
By Fadzli Yusof on May 5, 2008 | Reply
Sokongan tidak bererti akreditasi. Doctorate yang sah diiktiraf maksudnya yang diterima oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN-nama lama.)
Saya sudah meneliti surat sokongan itu dua tahun lepas (semasa hampir ‘tergoda’ dengan tawaran menjadi Dr Fadzli Yusof dalam masa segera). Daripada surat tersebut, kesimpulan yang saya dapat buat ialah; surat tersebut sekadar memuji usaha ‘institut’ tersebut, bukan mengiktiraf secara objektif terhadap program yang dianjurkan. Atau, ada surat yang lain? Bolehkah Sdra berkongsi link utk ke surat tersebut? Untuk pengetahuan bersama
By Fitri Shukri on May 6, 2008 | Reply
Wah… belum habis la gi bincang isu PhD palsu ini!
Berkenaan alasan “menjadi mangsa penipuan” atau “tidak sedar ditipu oleh universiti palsu” yang (mungkin) diberikan oleh para ‘Dr’ Motivator ini, bagi saya, alasan-alasan ini semuanya alasan murahan, sekadar mengelak dari menjawab isu-isu sebenar atau menukar topik perbincangan.
Mana mungkin, mereka (’Dr’ Motivator) inilah yang sering memberi nasihat dan panduan berkenaan universiti mana yang sebaiknya pelajar melanjutkan pelajaran, termasuk universiti di luar negara. Kalau untuk peserta ceramah mereka boleh mereka berikan panduan (yang baik) takkan mereka tidak boleh semak sendiri status universiti yang mereka bakal mengambil bidang PhD. Ya, PhD, bukannya ambil bidang taraf Sijil atau Diploma.
Kalau begitu, saya lebih respek lulusan Sijil dan Diploma dari ,contohnya, IKBN, IKM, Pusat Giat MARA, Cosmopoint dari ‘lulusan-lulusan’ ‘universiti-universiti ntah pah pe’ ini.
FY: Peranan kita semua untuk menerangkan kepada masyarakat agar mengetahui trainer-speaker yang berkualiti dan berkredibiliti.
By Siti Fatimah Ahmad on May 6, 2008 | Reply
Rakan pembaca yang dihormati,
Mendapat pengiktirafan dari Lembaga Akreditasi Negara amat penting bagi sesebuah institusi pengajian tinggi samada IPTA atau IPTS. Pengiktirafan ini melibatkan prosedur yang betul-betul jelas serta tinggi kesahan dan kebolehpercayaan organisasi itu sebelum ijazahnya diterima atau diiktiraf oleh Lembaga untuk boleh dibawa kemana-mana di muka bumi Allah ini.
Pengalaman saya yang terlibat secara langsung dalam membantu organisasi untuk melaksanakan proses bagi mendapatkan pengiktirafan
Lembaga ini, menyaksikan begitu tegas dan kompleksnya prosedur-prosedur tersebut. Silap sahaja langkah atau tertinggal maklumat-maklumat yang sepatutnya penting, namun mungkin difikir remeh, akan mengakibatkan proses aliran carta itu terpaksa diulang semula samada sekali atau beberapa kali atau langsung ditolak; sehingga mendatangkan kepuasan dan kebolehpercayaan dari pihak Lembaga Akreditasi. Jika tidak menepati syarat yang dikehendaki oleh Lembaga, maka permohonan tersebut akan ditolak kerana pihak Lembaga mempunyai kredit tertentu untuk memberi kelayakan dan pengiktirafan.
Oleh itu, sila pastikan sebelum anda bercadang untuk mendaftar dimana-mana IPT yang belum jelas namanya atau diragui kedudukannya, merujuk kepada pihak yang berkenaan supaya usaha anda selama pencarian ilmu di menara gading, tidak meninggalkan kenangan pahit yang tidak sepatutnya berumah dalam album hidup anda.
Saya juga AMAT bersetuju dengan pendapat saudara Fadzli. Tidak menjadi kesalahan yang besar jika seorang motivator itu hanya sekadar lulusan sekolah rendah atau menengah. Namun mencari ilmu adalah dituntut dan menjadi kewajiban.
Yang akan menjadi janggalnya nanti, kita yang bergebu-gebu memotivasikan orang lain supaya belajar tingi-tinggi sampai mengapai angkasa, mengadakan program latihan yang
menggairahkan semangat juang atau pernyataan visi yang penuh kalimat indah. Semua usaha itu dilakukan untuk mengetuk pintu motivasi orang lain supaya mempunyai kuasa hijrah kuasa untuk berubah. namun kita (motivator) yang hanya sekadar lulusan rendah, tidak pula termotivasi dengan ucapan kita sendiri. Saya setuju, sekurang-kurangnya dengan Ijazah Pertama. Seperti kata Kong Fu Tse: Perjalanan sepuluh batu adalah bermula dari langkah pertama”.
Menyampaikan ilmu adalah satu AMANAH. Melaksanakan amanah adalah pintu rezeki. Memberi kepercayaan kepada orang lain juga adalah amanah. Orang percaya dengan kita juga adalah amanah. Menurut Samuel Johnson : ” Kita cenderung lebih mempercayai orang yang belum kita kenal kerana dia tidak pernah menipu kita” Ini dipersetujui oleh Carlyle : “Kepercayaan membekalkan manusia suatu kekuatan batin iaitu suatu tenaga bagi menghadapi kesukaran dunia.” Hal ini juga disokong oleh Dale Carnegie : “Kebanyakkan orang yang maju adalah kerana mereka mempunyai rasa percaya kepada diri sendiri yang sangat tebal.”
Apabila sifat saling percaya mempercayai sudah wujud, maka akan muncul kewajiban untuk melaksanakan amanah disusuli dengan ikhlas. Jika ingin menjadi motivator yang betul-betul ikhlas untuk membantu manusia secara terang-terangan, buktikan bahawa pengalaman kegagalan masa lalu kita sendiri telah menjadi motiwasi yang paling tinggi dalam sejarah hidup kita bahawa KUASA HIJRAH adalah KUASA UNTUK BERUBAH.
Saya rasa pasti pengalaman itu amat dikagumi oleh orang yang mendengarnya. Tentu mereka akan berkata : Jika dia boleh mengubah dirinya, Mengapa aku tidak boleh mengikut jejak langkah itu. Rakan pembaca sekelian. Hidup ini penuh dengan keajaiban dan daya tariknya. Alangkah ruginya kalau kita hanya jadi MANUSIA BIASA SAJA. Ingatlah : Allah sudah mengiktiraf kita sebagai MAKHLUK YANG PALING CERDIK DAN CEMERLANG daripada sekelian makhluk yang ada di muka bumi ini. Bangun dan bangkitlah jiwa kita yang “pengsan”. Maju dan terus maju agar di hadapan Allah nanti, kita berwajah ceria kerana amanahNya berjaya digapai penuh indah dengan kemuliaan ILMU.
Tahniah untuk saudara Fadzli kerana mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri serta kekuatan untuk tidak menerima tawaran yang boleh “mengganggu” dan menggoyahkan sifat amanah dan profesionalisme sebagai motivator terkenal.
By feisha on May 9, 2008 | Reply
saya tidak setuju dengan Fitri Shukri. Sebaiknya kita sebagai manusia perlu berfikir baik terhadap orang. pendapat anda mengambarkan anda tidak mengetahui lanjut kes PHD palsu ini.
Anda mengatakan ia adalah alasan MURAHAN dan sengaja untuk mengelakkan ISU SEBENAR.
Bagi saya, anda yang meletakkan komen murahan.
Sebagai contoh, tidak mustahil orang-orang kita tertipu dengan institusi palsu ini sedangkan Open Universiy Malaysia juga mengesahkan sijil/ijazahnya.
Sila rujuk
http://photos1.blogger.com/blogger/3044/1011/1600/OUM%20PhD%20App.4.jpg
Ini adalah screenshot borang untuk aplikasi OUM satu ketika dulu.
Sedangkan IIU (International Irish Universiti) sudah terang-terang antara pemberi ijazah PHD palsu seperti di terapkan di BBC tidak lama dulu.
Beribu-ribu pelajar MALAYSIA kita tertipu dalam kes sebegini dan tidak mustahil antara pakar motivasi kita juga turut mendapat informasi salah.
isu ini menyentuh saya kerana ibu saya sendiri adalah antara yang “tertipu” dengan pencapaian palsu seperti ini oleh kerana mendapat maklumat yang salah dari institusi tempatan kita sendiri di Malaysia!
Bagaimana kita hendak tahu sesuatu itu palsu atau tidak apabila University kita juga menerimanya???
Fitri, sebelum memberi pendapat murahan, lakukan research dahulu.
FY: Terima kasih atas maklumat tersebut. Bagaimana untuk mengenalpasti sesuatu kursus itu diiktiraf di Malaysia? Sila kongsi di sini.
By Fitri Shukri on May 12, 2008 | Reply
Feisha,
Saya simpati dengan apa yang berlaku kepada ibu anda. Tetapi saya masih berpegang kepada ‘pendapat murahan’ saya. Nak daftar pengajian kedoktoran (ataupun mana-mana pengajian tinggi) bukan boleh dibuat secara tergesa-gesa tanpa menyiasat latarbelakang institusi yang bakal kita belajar. Oleh itu adalah tanggungjawab bakal pelajar melakukan ‘background’ check.
Menjawab persoalan saudara Fadzli Yusof di atas, antara cara terbaik ialah merujuk kepada badan berkuasa di negara itu sendiri sama ada universiti berkenaan diiktiraf sendiri oleh negara asal. Kalau hendak ke universiti di UK contohnya, boleh rujuk kepada British Council di KL.
Cuma isunya sekarang, seorang exco TAMRIN telah membangkitkan isu ini kepada umum melalui kenyataan akhbar. Namun kenapa pihak-pihak yang dituduh mendiamkan diri? Tampil dan beri keterangan. Pertahankan diri kalau perlu. Mendiamkan diri seolah-oleh mengharapkan isu ini akan reda dan dilupakan dengan begitu sahaja dan bakal menguatkan lagi ‘khabar-kahabar angin’ dan ‘teori-teori’ orang ramai.
By tapaiubi on May 14, 2008 | Reply
Bukan hanya motivator berketurunan melayu sahaja pakai gelaran Dr ni… bagaimana pula yang bukan melayu.
Saya diberitahu bahawa seorg pemilik francise pendidikan awal kanak2 yg terkenal juga menggunakan gelaran Dr yang turut disangsi…
Persoalannya KENAPA En Kamal tak dedahkan atau siasat… kenapa hanya dedah org melayu bagaimana pula org yang lain? Harap lebih adil…
FY: Terima kasih Tapai atas respon.
Senarai orang yang menggunakan Dr palsu ini ramai. Beliau sekadar mendedahkan 3-4 orang sahaja, atas nasihat media yang terbabit (mungkin pihak media tidak ingin menanggung risiko). Dalam perbualan dengannya, En Kamal bersedia untuk mendedahkan kesemua nama, dan bersedia untuk disaman (jika ada).
Lagipun, beliau bercakap bagi pihak Muslim Trainers and Motivators Association of Malaysia. Mungkin sebab itu beliau menekankan kepada individu Muslim.
Sekadar pandangan saya
By kamal fnd hashim on May 19, 2008 | Reply
hari ini 19 mei 2008.
Masih tidak ada satupun pihak yang menyaman saya kalau saya dianggap hanya membuat fitnah,kan?Hmm
Kan dah dengan sendirinya membuktikan bahawa kebenaran tidak akan dapat dikambu oleh sesuatu yang batil…
Fikirkanlah.
kamal fnd hashim
By Mia on May 20, 2008 | Reply
Saya bersykur kerana topik ini diutarakan kerana kalau tak salah saya, ada kemungkinan salah seorang pensyarah saya di Universiti yang saya belajar, sedar tak sedar sudah ada Phd. Pelik memang pelik sebab tak pasti masa bila yang dia melanjutkan pelajaran untuk dpaatkan PhD tu.. Curious..
By tomei on May 21, 2008 | Reply
FY, saya juga hanya mendapat maklumat dari laman web Irfan Khairi sahaja. Bukan sahaja surat sokongan, tetapi juga ucapan YB menteri sumber manusia. lebih baik anda rujuk di sini
http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/irfan-khairi-dba-phd/
beliau juga mengaku bahawa doctoratenya tidak mendapat akreditasi. juga mengatakan beliau tidak “membeli”… sekadar penerima anugerah kehormat. boleh percaya ke?
By pemerhati on May 22, 2008 | Reply
Pada pendapat saya:
1: Adakah ianya wajar untuk Fadzli Yusof memaparkan kisah ini di blog anda? Anda merupakan antara “pakar motivasi” dan pada pendapat saya, tak berapa “cantik” apabila anda juga menggemparkan isu ini. Biarlah pihak-pihak berkenaan yang menyelesaikan masalah ini.
Maaf, seperti apa yang saya lihat, ia bagaikan menjatuhkan “Dr” Tuah, supaya nama anda pula naik memandangkan “Dr” Tuah boleh dikatakan pakar motivasi ke-2 di belakang Dato Fadzilah Kamsah. Dan semua tahu anda dan Fadzilah Kamsah sering menulis buku bersama.
Tidakkah anda fikirkan perasaan HM Tuah sekiranya terbaca posting anda ini? Sebagai motivator bina insan, anda patut menunjukkan personaliti yang memahami perasaan orang.
FY: Isu ini dipersetujui di peringkat TAMRIN. Datuk Fadzilah Kamsah sebagai Penasihat Tetap, dan Dr Tengku Asmadi selaku Presiden amat prihatin terhadap perkembangan negatif ini. Saya adalah Setiausaha Kehormat TAMRIN, jika saya sendiri tidak mewar-warkan dalam media blog ini, siapa yang patut memainkan peranan?
Err..jika tidak silap, saya tidak pernah menamakan sesiapa dalam blog ini. Res ipsa loquitor (the thing speaks for itself)
2: Ianya agak kurang sopan menulis mengenai nama yang tidak tersenarai di dalam senarai Kamal Affendi. Contohnya, menyebut Dr Cyber, sudah pasti ianya merujuk kepada Dr Irfan Khairi!
Maaf, kalau tak silap saya, nama beliau tidak terdapat di senarai Sdr Kamal Affendi. Adakah wajar untuk anda melayan soalan yang merujuk kepada dirinya? Sekali lagi maaf, ia seperti mengambil “cheap shots” kepada Dr Irfan Khairi seorang “pakar motivasi” yang meningkat naik. Jangan di lihat seperti anda takut kebangkitannya yang kini menjadi antara “motivator” muda pujaan ramai.
Mengenai Irfan Khairi pula (ya, beliau sudah tidak mahu digelar “Dr”) telah didedahkannya sendiri di blognya sejak tahun lepas. Segala bukti juga ditunjukkan.
Maaf sekali lagi, anda selaku wakil TAMRIN perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat. Jangan orang yang tidak bersalah disalahkan. Melayan kenyataan mengenai Irfan Khairi seperti membuka aib orang walaupun namanya tidak terdapat dalam senarai di atas.
Jangan lupa, sekiranya ia benar, ia membuka aib. Sekiranaya ia tidak benar, anda membuat fitnah.
FY: Rasanya komen ini tidak sesuai untuk blog saya. Saya tidak pernah merendahkan Irfan Khairi. Dalam buku Kuasa Hijrah, ada 4 Petua Hijrah daripada Irfan Khairi. Saya tidak berapa pasti kenapa Sdra membangkitkan isu ini. Tiada isu saya merendahkan sesiapa, terutama sekali Sdr Irfan Khairi. Beliau adalah rakan dan mentor cyber saya (bahkan dialah yang mencadangkan penerbitan blog ini dengan nama ‘FadzliYusof.com’ bukannya ‘AhmadFadzliYusof.com’)
3: Walaupun mesej saya berbaur seperti tidak menyokong usaha Kamal Affendi, ingin saya tekankan, usaha Kamal Affendi adalah usaha yang baik. Cuma anda mengatakan, mereka yang tersenarai tersebut tidak menyaman ANDA. tetapi, orang ramai juga boleh melihat bahawa, mengapa TIADA SIAPA yang MENYAMAN MEREKA seperti Dr Tuah? Sekiranya tampak salah dan mempunyai bukti, mengapa perkara ini hanya bermain di dada akhbar dan diblog sahaja? Mengapa perkara ini tidak dibawa ke mahkamah?
Perkara yang menyalahi undang-undang perlu dibawa ke mahkamah dan bukannya menjadi isu yang harus digembar di blog sahaja. Ia hanya menjadi gossip sekiranya tiada tindakan diambil.
FY: Kalau tidak silap dalam perbincangan TAMRIN tempoh hari, tindakan undang-undang adalah salah satu opsyen. Namun untuk menyaman Dr Palsu, ‘quantum of proof’ untuk membuktikan ‘injury’ adalah amat tinggi. Sekadar untuk membuktikan ‘false representation’ tiada masalah.
Lagipun, tindakan undang-undang bukanlah opsyen utama, yang lebih penting, mereka yang melakukan kesilapan diharap dapat memperbetulkan kesilapan. Sejak 2 tahun lepas, En Kamal telah cuba untuk menasihati mereka yang menggunakan Dr palsu supaya menarik balik dan tidak mengelirukan masyarakat. Adakah perlu tunggu 5 tahun lagi?
Sdr ada cadangan lain untuk mengatasi kebanjiran Dr-Dr yang tidak pernah buat tesis ini? Jika ada cadangan konstruktif, sangat molek untuk disuarakan.
4: Apakah tindakan susulan TAMRIN? Sehingga kini pembaca hanya mengetahui tentang TAMRIN di blog anda sahaja. Apakah tindakan TAMRIN dalam isu ini? nasihat saya, lakukan sesuatu sebelum isu ini “tenggelam” lagi seperti sebelum-sebelum ini. Mengapa TAMRIN tidak menjemput Dr Tuah dan juga nama-nama lain di senarai tersebut untuk perjelaskan kedudukannya? Ataupun, hanya sekadar “perang blog” sahaja.
FY: TAMRIN secara rasmi tidak pernah mendedahkan mana-mana nama. Tentang beberapa orang figur, memang En Kamal telah cuba untuk bertemu dan berbincang, tetapi telefon tidak diangkat, SMS tidak berbalas. Mungkin mereka boleh sahaja menjelaskan di blog-blog mereka tentang isu ini. Adakah mereka telah melakukannya? Selain Irfan Khairi, setahu saya tiada yang tampil menjelaskan dengan jelas. Irfan Khairi telah menjelaskannya, dan menarik balik penggunaan gelaran Dr, bagaimana yang lain?
5: Saya juga kurang setuju mengenai nama mereka yang menggunakan PHD bangsa lain tidak pernah didedahkan! Ia seperti memalukan kaum dan agama sendiri sahaja. Sedangkan ada di blog bangsa lain, mereka bersuka-suka menyebut nama-nama mereka yang mempunyai PHD palsu berbangsa melayu?
FY: Cadangan yang baik. Mungkin boleh diajukan kepada Malaysian Association of Professional Speaker, ataupun juga kepada MSTD. Nanti kalau TAMRIN yang suarakan, tidak berapa kena.
6: Juga, saya kurang setuju dengan serangan yang dilakukan hanya pada mereka yang terkenal. Mengapa isu Dr Tuah di perbesar-besarkan, sedangkan terdapat 3 nama lain dalam senarai tersebut??? Adakah kerana beliau terkenal? Yang lain tidak terkenal, jadi tak perlu nak hebahkan…
Nanti satu hari, bila yang lain terkenal, baru kita cuba jatuhkan? Jangan ini dijadikan tradisi orang Melayu.
FY: TAMRIN tidak pernah menggembar-gemburkan siapa. Ia menjadi gempak kerana ramai orang tidak menyangka, dan ramai orang mengenalinya. Dengan sendiri ramai orang memperkatakannya. Siapa yang nak komen tentang ‘Dr Azizul, Dr Ahmad, Dr Azmi’ yang palsu (bukan nama sebenar) kalau mereka sendiri tidak kenal?
Lagipun, dalam senarai sebenar Dr Palsu, bukan setakat 3 orang, tetapi setakat tersenarai ada BEBERAPA PULUH motivator Dr Palsu berkeliaran di sekitar Lembah Kelang dan lain-lain tempat mencari projek. Saya percaya, senarai sebenar mencecah ratusan, bahkan mungkin ribuan.
7: Seperti yang dikatakan Fadzli Yusof, anda ingin mencari penyelesaian isu ini. Apakah tindakan yang dilakukan? Dari pembacaan saya, perbincangan di sini hanya menjurus kepada “siapa yang bersalah”. Kini, kredibiliti Kamal Affendi PULA dipersoalkan atas usahanya mendedahkan sesuatu yang benar.
Adakah ini menyelesaikan masalah ditangan?
FY: Saya juga ingin menyokong saranan ‘pemerhati’. Mana idea yang lain? (Err..’pemerhati’ ada idea tak supaya Dr-Dr Palsu tidak lagi mengelirukan orang ramai, dan supaya masyarakat lebih peka tentang gelaran Dr, dan supaya tiada lagi orang Islam yang berselera untuk ‘membeli’ ijazah?
Mohon maaf sekiranya tulisan saya terkasar. Saya selaku peminat arena motivasi malaysia setulus hati menyuarakan pendapat.
FY: Terima kasih atas kesudian memberi komen dan kecintaan terhadap arena motivasi malaysia. Mari kita sinarkan arena ini dengan kualiti & integriti motivasi yang lebih baik untuk generasi akan datang!
By kamal fnd hashim on May 22, 2008 | Reply
Irfan jujur. Dia telah berjumpa saya untuk mendapatkan kepastian.
Dia memaklumkan perkara yang benar. Dia diminta hadir ke majlis tersebut untuk menerima sijil berkenaan dan tidak membayar satu sen pun.
Dia jujur dalam jawapannya.
By Fadzli Yusof on May 23, 2008 | Reply
Memang benar, saya secara peribadi pernah bertanya Sdr Irfan tentang ini. Beliau bertanggungjawab dan menarik balik penggunaan gelaran Dr secara terbuka. Beliau meminta supaya jangan menyebut gelaran Dr lagi. Ini adalah contoh orang yang ada integriti dan maruah yang tinggi.
Kepada sesiapa yang ‘tersilap’ mendapat gelaran Dr yang tidak diakreditasi, sepatutnya melakukan perkara yang sama (jika benar-benar ada rasa tanggungjawab kepada ummah).
Bagaimana Encik Kamal? (maaf tempoh hari terpaksa pulang awal dari program pelancaran tersebut)
By AKU MELAYU on Jun 7, 2008 | Reply
aku pun tak paham dgn si kamal ni…apala yg dia sakit hati sangat dgn motivator2 ni..dia ni sapa yg nak kondem org..bagus sgt ke dia ni..
ni..aku nak dia korek:-
-brapa org menteri yg beli title dato?
(knape ko xcari & srh diaorg saman!)
-brapa org menteri yg beli title DR.?
(knape ko xcari & srh diaorg saman!)
-brapa org wife menteri/pm yg diberi title DR. tapi tak tau apa jadah tentang subjek tu sbb dpt free utk bodek jadi patron?
(knape ko xcari & srh diaorg saman!)
amende la ko ni kamal..cari publisiti murahan
pegila korek bende2 yg menteri buat..lagi xbetul lagi diaorg tipu rakyat mcm ko & aku.. lagi ko glamer..knape xkorek…knape takut ke diaorg saman!
sudala..aku bosan dgn wanna be hero yg dia sendiri xtahu hala tuju..
nak back up bangsa sendiri konon..
tell me KAMAL how many people yg ko da tipu?
ko tau tak aku salah sorang dari org yg ko tipu!
AKU EDDIE..PROJEK KMJ duit rm5k ko amik nak belanja polis nak dpt projek apa jadi?
abis aku kena maki dgn funder aku…ko pegi mana
lari ke..
hah..jawapla..
p/s: aku bukan sokong motivator2 ni (xkenal pun)tapi aku bengang dgn si kamal yg dok hentam org mcm dia bagus tp dia sendiri penipu besar!
By msdin on Aug 25, 2008 | Reply
Saya tak ada niat nak jatuhkan “Dr” Irfan Khairy tapi explanation dia sangat meragunkan. Tidak percaya langsung “Dr” Irfan mendapat ijazah kehormat kedoktoran DBA spt yg dinyatakan beliau. CDBa merupakan sijil perakuan (certified) yg memperakukan pemegang sijil tsb berkelulusan DBA. Syarat ini terkandung dalam laman web OXIM. OXIM hanya menawarkan pengajian peringkat diploma dan tidak diberi kuasa menganugerahkan sebarang Ijazah.
Untuk mendapatkan CDBA, pemohon perlu bayar menjadi ahli OXIM dengan membayar yuran keahlian seumur hidup sebanyak 600 pounds. Sila lihat dalam laman web OXIM.
Jadi persoalan yg belum dijawab ialah dari mana “Dr” Irfan dapat ijazah DBA beliau? Tentu sekali bukan OXIM sebab OXIm hanya menganugerahkan sijil perakuan (certified) bukannya Ijazah DBA.
Saya tak faham kenapa orang kita mudah sangat kena tipu atau pun tak tahu nak mendapatkan maklumat utk membuktikan kesahihan dakwaan. Bukan susah pun, semua maklumat ada dihujung jari.
By endang on Dec 29, 2009 | Reply
Trima kasih infonya.Salam kenal dan sukses selalu.