Ingin Menjadi Trainer Berkualiti? Segera Sertai TTT-PSMB

August 13th, 2009 | by Fadzli Yusof |

TAMRIN atau Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia menggalakkan ahli-ahli untuk menghadiri kursus Train the Trainers (TTT) di bawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Apa kelebihan?

Trainer yang hendak menjalankan program latihan biayaan Kementerian Sumber Manusia, perlulah mendapat tauliah daripada PSMB. Dengan menyertai program ini, anda akan ditauliahkan sebagai “Certified Trainer (PSMB)” dan layak untuk mengendalikan sessi-sessi yang diklasifikasikan sebagai “HRDF Claimable”.

Selain itu, ilmu dan disiplin training yang dikongsikan dalam program ini sungguh bernilai, bahkan ada kursus yang mengenakan yuran sehingga berbelas ribu ringgit dengan pengisian yang hampir sama.

Secara spesifik, antara faedah yang bakal anda perolehi dari kursus 5 hari tersebut ialah;

1. Analisas Keperluan Asas Program Latihan
2. Mereka cipta modul latihan & aktiviti
3. Kompetensi Perunding Latihan
4. Membangunkan Perancangan Sesi Latihan
5. Kemahiran Pembentangan Efektif
6. … Dan banyak lagi!!!

Makluman buat peserta TTT PSMB yang sudah mendaftarkan diri dan membayar deposit, tarikh baru TTT PSMB adalah seperti berikut;

Tarikh: 1 hingga 5 September 2009 (Selasa-Jumaat, minggu kedua Ramadhan), pagi hingga petang.

Tempat: Wisma Belia, Jalan Syed Putra, KL

Pihak urusetia akan menghantar butiran program secara terperinci pada e-mel masing-masing. Bagi mereka yang masih berminat, pendaftaran masih dibuka sehingga 16 Ogos 2009.

Pendaftaran; sila hubungi Amin Idris, Pen. Setiausaha TAMRIN di talian 017-237 5242.

  1. 3 Responses to “Ingin Menjadi Trainer Berkualiti? Segera Sertai TTT-PSMB”

  2. By fatimah on Oct 31, 2009 | Reply

    Salam….sayangnya…saya amat berminat untuk turut serta malangnya tarikhnya sudah luput..jika ada program seperti ini akan datang saya amat berminat untuk serta..terima kasih

  3. By zakwan on Nov 10, 2009 | Reply

    ASSALAMUALAIKUM, BILA LAGI PROGRAM kursus Train the Trainers (TTT) di bawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB)INI AKAN DI ADAKAN?

  4. By Nazarudin Ali on Jan 25, 2010 | Reply

    saya sangat berminat untuk mengikuti kursus TTT di bawah PSMB.Dapat apa kiranya memaklumkan kepada saya kursus yang akan dilaksanakan bagi tahun 2010.
    Terima kasih.
    Wassalam

Post a Comment