Fadzli Yusof live di Selamat Pagi Malaysia

August 30th, 2009 | by Fadzli Yusof |

Photobucket
Sudah lama saya tidak maklumkan penampilan saya di kaca TV. Adakalanya jemputan dibuat secara mendadak, adakalanya tak sempat untuk saya maklumkan di sini. Berikut adalah info penampilan terkini:

Tarikh: 31 Ogos 2009
Masa: 7.45 pagi
Channel: TV1
Topik: Menghayati Kemerdekaan

Jikalau ada idea tentang topik tersebut, bolehlah berkongsi di sini! Salam sukses daripada saya untuk anda semua. Ramadhan Kareem!

  1. One Response to “Fadzli Yusof live di Selamat Pagi Malaysia”

  2. By Muhd Suhaily on Sep 2, 2009 | Reply

    Satu kemerdekaan jika tidak dihayati memang pemuda dan pemudi rasanya amat rugi, yang tahu dan mengetahui bagaimana kemerdekaan dicapai tentu akan kagum dan dapat menghayati erti kemerdekaan.

    Bukan mudah ianya dicapai, bukan sahaja orang terdahulu menentang penjajahan tetapi cabaran dan dugaan sangat kuat apabila bangsa sendiri menjadi musuh dalam selimut.

    Zaman ini, apa pula misi kerajaan untuk mencapai kemerdekaan. Mungkin kita boleh lihat melalui bekas pemimpin komunis yang ingin kembali ke malaysia, tidak beberapa lama kemudian tayangan filem menentang penjajahan seperti filem bukit kepong.

    Bagi saya filem ini adalah yang terhebat! Sudah beberapa kali menontonnya namun darah satria dalam jiwa tetap membara. Semangat juang yang diketengahkan oleh pengarah amat memainkan peranan penting dalam mempertahankan negara dari musuh. Pengarah melihat dalam situasi yang sebenar yang mana orang melayu masa dulu berkorban dengan semangat walaupun kekurangan dari segi material dan taktikal.

    Situasi ini juga mengambarkan bagaimana kekejaman penganas komunis yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tanah melayu untuk kepentingan ekonomi, disebabkan faktor geografi tanah melayu, komunis akan melakukan serangan disetiap penjuru tanah melayu bagi meyekat kekuatan orang melayu pada masa itu. Sekatan senjata, makanan, adalah taktik utama bagi melemahkan semangat sebab ianya salah satu kelemahan orang melayu masa itu yang mana mereka hanya bekerja sebagai penoreh getah,bercucuk tanam dan padi sawah.

    Isu anjing komunis juga diketengahkan yang mana ia memberitahu kelemahan orang melayu ialah pangkat dan darjat. Sanggup menajdi talibarut semata-mata kerana pangkat dan isu ini bukan sahaja filem bukit kepong malahan filem lain spt Sarjan Hassan, Left Adnan dll. Isu rasuah ini dari dulu sehinggalah sekarang masih menular dan sukar dibendung disebabkan ianya telah menjadi satu budaya masyarakat malaysia. Semuanya bermula dari diri sendiri, contohnya ’suruh sterika baju, upah 2 RM. semuanya bermula dari rumah sebuah keluarga itu sendiri.

    Dengan kelemahan spt ini, tentu pihak musuh mudah menghidu apa yang perlu mereka lakukan bagi menambahkan kawan dan rakan dari pelbagai bangsa. Jangan tonjolkan kelemahan diri kita, mudah bagi musuh menyelami kelemahan dalam diri kita nanti.(silingan) Berbalik kepada filem Bukit Kepong, gambaran penulis dan pengarah sangat baik saya rasa, segala olahan dan aplikasi menyebabkan penonton akan dapat menyelami bahawa ianya satu realiti yang benar. Kesedihan,semangat,kerjasama,gila kuasa,kehidupan sebagai orang kampung dan orang polis serta kaum ibu memang diketengahkan bagi memperlihatkan siapa orang melayu masa itu.

    Disamping matapelajaran lain, subjek sejarah amat penting bagi menghindarkan kita sebagai anak bangsa melayu/masyarakat majmuk jangan lupa asal usul, betapa pentingnya kemerdekaan yang dicapai dan bukan mudah memperolehi sesuatu lebih-lebih lagi melibatkan darah mengalir kebumi. Sehingga kini perjuangan bangsa malaysia belum selesai, sesiapa sahaja akan mengambil peluang dalam kesempitan terutamanya pihak musuh. Musuh dalam selimut! Tabik!

    Namun apa yang menyedihkan apabila ramai yang menghayati erti kemerdekaan dengan cara melepaskan gian seperti beberapa hari tidak keluar dari rumah. Kita sendiri boleh melihat muda mudi menghayati dengan keseronokan untuk bergembira dan memuaskan diri masing-masing sehingga mereka lupa misi, visi dan objektif sebenar kemerdekaan sehingga peratusan kejatuhan akhlak meningkat dengan begitu mendadak setiap 31 Ogos dan itu yang amat membimbangkan sebab siapa lagi future leader kalau bukan golongan belia sekarang ini.

    Apa pun, dengan rancangan ini harap anda diantara mereka akan sedar kalau tidak ramai pun cukuplah jika ada yang boleh dikira dengan jari sebab yang boleh dikira inilah akan memberikan kesedaran kepada future leader kita.

    Terimakasih.

Post a Comment