Pengumuman! Majlis Iftar TAMRIN 7 Sept 09

August 30th, 2009 | by Fadzli Yusof |

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) akan menganjurkan majlis IFTAR Ramadhan 2009 (Berbuka Puasa) eksklusif untuk penggiat industri latihan dan bina insan tanahair.

Dapatkan tip dari motivator nasional, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, dan Dr Tengku Asmadi Mohamed; serta ruang untuk saling bertukar-tukar idea dengan kenalan baru.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 7 September 2009
Tempat: DePalma Hotel Ampang
Masa: 3.00pm – 8.30pm
Yuran Penyertaan: RM85.00

Aturcara Majlis
2.30pm: Ketibaan Para Jemputan
3.00pm: Sessi Perkongsian Istimewa oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah (Penasihat TAMRIN), Tajuk “Langkah Hebat Trainer Terbilang”
4.45pm: Solat Asar
5.15pm Forum / Dialog bersama Dr. Tengku Asmadi (Presiden TAMRIN) & Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
6.45pm IFTAR
7.30pm Solat Maghrib
7.45pm Jamuan & ramah mesra
8.30pm Bersurai

Kepada para perunding latihan, perunding motivasi, penceramah, dan sesiapa yang berminat, boleh segera mendaftar dengan menghubungi Sekretariat TAMRIN,
(En. Rashid) di talian 016 5580719

  1. 3 Responses to “Pengumuman! Majlis Iftar TAMRIN 7 Sept 09”

  2. By abdullah bin ali on Sep 1, 2009 | Reply

    Kalau dekat rasa teringin bersame. Apa daya kita orang jauh…….. masa pun full.

  3. By Fadzli Yusof on Sep 2, 2009 | Reply

    Niat yang baik insya Allah diganjari dengan ganjaran yang baik. Mabruk! :)

  4. By amakusa on Oct 14, 2009 | Reply

    salam saya berminat untuk meyertai tamrin .. boleh bg info @ mcm nk menyertai Tamrin? @ TTT-PSMB
    kolermay@yahoo.com

Post a Comment